… pada 26/01/2009 aku menerima engkau dalam hidup aku untuk dijadikan bakal suami aku.. sebab aku yakin engkau boleh membimbing aku… dan untuk membahagiakan diri aku..kiter terima sume ini atas dasar suka sama suka..bermacam-macam janji yang engkau taburkan..aku bersyukur dengan pertemuan ini..
… selepas kiter declair untuk mendirikan rumah tangga..aku sangat bahagia.. kerana bagi aku.. hanya engkau yang dapat melengkapkan hidup aku.. aku berubah segala-galanya hanya untuk diri aku, diri engkau dan hubungan kiter yang telah terbina atas dasar suka sama suka…
… 07/03/2009 engkau bawa aku berjumper kuarga.. aku sebenarnya risau jugak untuk berjumpa keluarga engkau.. kerana aku tidak tahu bagaimana penerimaan kuarga engkau terhadap diri aku.. kerana pengalaman yang lepas mengajar aku… tapi aku seronok dapat jumper keluarga engkau.. pada hari ini la engkau menyatakan hasrat pada mak dan kak long engkau untuk bertunang dengan aku…
… tarikh telah ditetapkan untuk melangsungkan pertunangan kiter.. aku begitu tidak sabar untuk menanti saat tersebut..kerana lelaki yang aku impikan selama ini telah hadir membawa sinar baru dalam hidup aku setelah 4thun aku bercinta yang tiada kesudahan..
… 07/04/2009.. hari yang paling menyedihkan.. membuatkan air mata aku mengalir dengan sendiri… panas yang aku sangka hingga ke petang.. rupanya hujan di tengahari.. engkau menyatakan bahawasanya engkau tidak pernah menyintai aku.. tapi aku masih bersabar dan aku masih boleh berfikir lagi.. aku cuba lagi menyelami isi hati engkau..apakah kehendak engkau yang sebenar dan ape kemahuan kau yang sebenar..
… 09/05/2009 hari pertunangan kiter.. engkau yang aku harap muncul secara tiba-tiba… rupanya tidak.. tanggapan aku silap.. aku ingat engkau cuba untuk membahagiakan aku.. tapi rupanya engkau menikam belakang aku.. engkau “bersama” dengan die.. die yang pernah kau cintai.. dan die juga yang bertakhta di hati engkau.. tapi mengapa harus diteruskan pertunangan ini?????!!!!! sedangkan aku telah bertanyakan pada engkau… aku merasakan seperti bertunang dengan diri aku sendiri.. kesedihan melanda di hati aku.. aku sakit.. aku tidak berdaya untuk berkata-kata lagi.. hanya air mata yang mampu menceritakan segala keperitan yang hati aku..
… kepulangan aku selepas bertunang.. aku masuk hospital.. engkau memang begitu prihatin dengan aku.. engkau menjaga aku seperti menatang minyak yang penuh.. terima kasih abang… tapi rupaya juga.. hanya sementara.. di fikiran aku.. engkau akan berubah.. engkau telah menyedari akan kewujudan aku di hati engkau..di sisi engkau sebagai nama TUNANG… tapi aku tetap silap..adakah aku yang bodoh menilai erti kasih sayang..cinta.. dan hubungan pertunangan… aku tetap bersabar dengan apa yang sudah terjadi pada hati dan hubungan aku..
… hari berganti hari..sikap engkau tidak pernah menyenangkan hati aku.. namun aku tetap juga menunggu dan aku tetap juga bersabar.. aku tidak suka konflik.. aku tahu.. engkau telah jauh berubah semenjak kehadiran dia di sini.. banyak penipuan yang engkau lakukan pada aku.. akan tetapi.. aku tetap tidak menyalahkan diri engkau.. berbagai harapan yang kau taburkan untuk menyedapkan hati aku.. untuk menjaga hati aku.. namun kau silap.. sepandai-pandai tupai melompat..akhirnyer jatuh ke tanah jua..
… ini lah hari yang aku tunggu untuk membongkarkan semua rahsia engkau.. setelah lama aku memendam..setelah lama aku menyimpan… akhirnya aku berjumpa dia.. seorang insan yang kau sangat cintai.. seorang insan yang telah sanggup berkorban untuk semua penipuan yang engkau lakukan..dengan berbagai watak.. akhirnya aku akur.. depan dia..engkau mengaku..engkau bersumpah bawasanya engkau bukan tunangan orang..tetapi di depan aku.. engkau reka cerita yang sebenar itu adalah diri engkau sendiri..
… aku berserah pada yang Esa.. aku tak paham mengapa engkau menyakiti aku.. kau kata aku curang.. sedangkan aku dah betulkan keadaan.. aku tidak pernah menyayangi lelaki lain selain diri engkau.. aku ingin permudahkan laluan engkau.. tetapi engkau menyusahkan laluan aku.. adakah engkau tidak pernah memikirkan hati aku.. kesakitan yang bakal aku lalui dengan cara dan gaya engkau.. engkau mengatakan aku mengkhianati kasih sayang engkau.. aku berani bersumpah..bahawasanya hanya engkau di hati aku..
…aku fikir jika kau tidak mahu diri dan hati aku sekali pon.. kau akan bertindak seperti seorang yang profesional.. lagi sekali tanggapan aku silap.. rupanya tindakan kau sama dengan xboyfriend aku dulu.. engkau memburukkan aku pada keluarga engkau... itu adalah satu penghinaan bagi diri aku.. penghinaan untuk kali kedua dengan lelaki DAYUS seperti engkau…
… hanya 2bln 14hari tempoh pertunangan.. namun aku tetap bahagia dengan engkau yang bernama LELAKI.. seorang insan yang menjaga aku selama tempoh perkenalan kiter..TERIMA KASIH BB..
… pada 08/08/2009 segalanya berakhir.. tiada lagi ikatan pertunangan yang perli dijelaskan.. tiada lagi kata-kata yang harus aku keluarkan untuk engkau.. tiada lagi air mata untuk menangisi dengan apa yang telah terjadi.. walau aku jatuh terduduk untuk kali kedua.. dengan perbuatan seorang yang bernama LELAKI.. namun aku tetap kuatkan semangat aku untuk meneruskan kehidupan tanpa LELAKI lagi.. walau sedih mana pon aku.. walau kcewa mana pon aku.. hanya Allah sahaja mengetahui isi hati aku…
TERIMA KASIH KEPADAMU KERANA BERJAYA MENUNJUKKAN SIAPA KAMU SEBENARNYA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan