Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu. Dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. KIta akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Ingin mengetahui tentang dirinya, dan sentiasa berharap semoga dirinya dalam keadaan selamat sentiasa. Kerana dirinyalah yang kita idamkan menjadi pasangan hidup kita, dunia akhirat.
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu giler kat dia bila tak berjumpa seminggu. Kehadirannya sentiasa kita nantikan, kerana hadirnya mampu membuatkan hidup kita ceria dengan telatah dan layanannya.
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Hadirnya amatlah kita hargai, dan tanpa dirinya seolah-olah kita merasakan tiada teman untuk berbicara. Kerana dirinyalah yang kita perlukan sebagai sahabat sejati dunia akhirat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan